Giliran Busquets sertai Inter Miami

Busquets (kanan) bertaut kembali bersama Messi di Miami. FOTO AGENSI
Busquets (kanan) bertaut kembali bersama Messi di Miami. FOTO AGENSI
A
A
A

BEKAS pemain tengah Barcelona dari Sepanyol, Sergio Busquets menyertai Inter Miami sebagai ejen bebas, menurut kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) tersebut.

Pemain berusia 34 tahun itu akan disatukan semula dengan rakannya dan bekas rakan sepasukan Barca, Lionel Messi selepas tidak memperbaharui kontraknya selepas 18 tahun di Nou Camp.

Miami membuat pengumuman rasmi dengan menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan petikan daripada Pep Guardiola, Xavi Hernandez, Luka Modric dan Messi yang memuji Busquets.

Bekas kapten Barcelona itu, yang bersara daripada tugas antarabangsa tahun lalu, bermain lebih 700 perlawanan untuk juara Sepanyol tersebut.

Busquets sebelum ini juga dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi ketika Al Hilal dan Al Nassar membuat bidaan untuk mendapatkan khidmatnya.

Sementara itu, Miami dilaporkan sedang berusaha menandatangani bekas pemain ketiga Barca apabila menunjukkan berminat dengan bek kiri Jordi Alba, yang juga meninggalkan kelab Sepanyol itu selepas akhir musim.

Dalam pada itu, Busquets berkata: "Ia adalah perjalanan yang tidak dapat dilupakan. Sejak kecil sentiasa datang menyaksikan perlawanan, atau menontonnya di televisyen, saya selalu bermimpi bermain menyarung jersi Barcelona di Nou Camp.

"Di Barcelona, realitinya telah melebihi semua impian saya. Tentu sahaja pengalaman cukup indah bagi seorang remaja yang tidak pernah terfikir telah bermain 15 musim untuk kelab terbaik dunia.

"Barcelona, sekarang dan sentiasa menjadi kelab dalam hidup saya sebagai penyokong, pemain dan kapten."

INFO

Statistik

Penampilan: 719

Gol: 18

Bantuan Gol: 45

Pencapaian

LaLiga (8): 2008-09, 2009-10, 2010-11, 2012-13, 2014-15, 2015-16, 2017-18, 2018-19

Piala Raja Sepanyol (7): 2008-09, 2011-12, 2014-15, 2015-16, 2016-17, 2017-18, 2020-21

Liga Juara-Juara (3): 2008-09, 2010-11, 2014-15

Piala Super Eropah (3): 2009, 2011, 2015

Piala Dunia Kelab (3): 2009, 2011, 2015

Piala Super Sepanyol (7): 2009, 2010, 2011, 2013, 2016, 2018, 2022-23