Messi pesan Mbappe berkelana ke kelab terbaik

Messi (kiri) mahu Mbappe mencari kelab terbaik sekiranya mahu meninggalkan PSG. - Foto Agensi
Messi (kiri) mahu Mbappe mencari kelab terbaik sekiranya mahu meninggalkan PSG. - Foto Agensi
A
A
A

BINTANG sensasi, Lionel Messi berharap bekas rakan sepasukan di Paris Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe untuk menyertai kelab yang mempunyai 'projek besar yang boleh membuahkan kejayaan'.

Kapten Argentina menitipkan pesanan itu sebelum menyertai Inter Miami dan Messi mahu Mbappe memilih Barcelona berbanding Real Madrid.

"Saya lebih suka anda pergi ke Barca. Tetapi jika anda ke Madrid, lakukannya. Anda berhak bersama projek yang menghasilkan kemenangan," kata Messi.

Mbappe cemerlang bersama PSG apabila merangkul lima gelaran Ligue 1 dan tiga Piala Perancis.

Bagaimanapun, prestasi juara Perancis itu di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara mengecewakan generasi baharu PSG yang diketuai Mbappe.

Mbappe yang merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 sebanyak lima kali itu mengejutkan PSG apabila dia mengumumkan untuk tidak memperbaharui kontraknya selepas musim depan.

Khabar itu mencetuskan khabar angin penghijrahannya ke Real Madrid - 12 bulan selepas cadangan perpindahannya ke Sepanyol dipintas pada saat akhir oleh PSG menerusi tawaran lumayan yang sukar ditolak Mbappe.