TVET tulang belakang bidang perindustrian - Shahelmey

Dialog Siswa Sinar Harian bersama Shahelmey dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah dan Masiung dihoskan oleh Safwan Sawi di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu pada Khamis. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dialog Siswa Sinar Harian bersama Shahelmey dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah dan Masiung dihoskan oleh Safwan Sawi di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu pada Khamis. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Sabah dan persekutuan sentiasa mengalakkan golongan muda di negeri ini agar menceburi atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, golongan yang terlibat dalam TVET merupakan tulang belakang dalam bidang perindustrian.

"Dalam pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 2021 hingga 2025, kita ingin memacu pertumbuhan ekonomi dari tiga bidang iaitu perindustrian, pelancongan dan pertanian di mana bidang TVET ini berkaitan dengan perindustrian dan juga pertanian.

"Di Sabah kita turut menerima pelaburan yang begitu tinggi di mana ada dua kilang dibina daripada pelabur asing dari Korea Selatan dan China.

"Apabila dua kilang ini beroperasi nanti mereka dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada juteknik atau jurutera selain mencetuskan industri hiliran hasil di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis.

Dialog Siswa kali ini dihoskan oleh anak tempatan, Safwan Sawi dan turut menampilkan seorang lagi panel iaitu Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah.

Sehubungan itu, Shahelmey selaku Menteri Kerja Raya yang berlatarbelakangkan bidang kejuruteraan amat mengalakkan golongan muda menceburi atau melanjutkan pelajaran dalam aliran TVET.

"Kita lihat di negara maju seperti Eropah, Korea Selatan dan Jepun, mereka maju disebabkan oleh industri dan industri ini disokong oleh tenaga kerja dari bidang teknikal.

"Bidang lain seperti perakaunan juga relevan, namun untuk industri bergerak maju, tulang belakangnya ialah simber manusia berlatarbelakangkan TVET," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPT

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air

'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'