Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara

Nur Jazlan pada sidang media ketika menghadiri Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Nur Jazlan pada sidang media ketika menghadiri Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang baru dilantik semalam menghargai keyakinan yang diberikan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan nama beliau bagi jawatan itu.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai pencalonan berkenaan sehinggalah dimaklumkan Jumaat lepas.

"Bagaimanapun berdasarkan pengalaman saya selama tiga penggal sebagai ahli Parlimen dan juga sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Kira-Kira Wang Negara (PAC), saya rasa saya mampu untuk menjalankan tugas ini,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Nur Jazlan berkata, beliau akan membantu Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, selain bertekad memperkasakan fungsi dan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara selepas mendapat 43 undi dalam pengundian lantikan jawatan itu.

Turut dicalonkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris yang dicadangkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Wan Junaidi, Nur Jazlan, Mujahid angkat sumpah Ahli Dewan Negara