Lelaki maut dalam nahas babit treler, motosikal

Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Karak pada malam Isnin. - Foto Bomba Pahang
Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Karak pada malam Isnin. - Foto Bomba Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 109.6 Lebuhraya Karak pada jam 9.18 malam Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan itu berlaku melibatkan sebuah treler dengan motosikal.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki didapati tersepit dan kita menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan rescue tool.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.