Teliti semula sistem pendidikan selesaikan ketidakserasian pekerjaan: Azmin

Mohamed Azmin. - Foto Sinar Harian oleh ZAHID IZZANI
Mohamed Azmin. - Foto Sinar Harian oleh ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Sistem pendidikan negara harus diteliti semula supaya masalah ketidakserasian pekerjaan dalam kalangan graduan dapat diselesaikan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia bagi memastikan sistem pendidikan negara kini boleh memenuhi permintaan industri pekerjaan pada hari ini.

“Kita bincang soal ketidakserasian yang berlaku dalam sektor pekerjaan dan pasaran pada hari ini di mana kita lihat nisbah tujuh daripada 10 graduan yang ada kini terlibat dalam kursus-kursus kemanusiaan.

“Sedangkan enam daripada 10 pekerjaan memerlukan mereka yang terlibat dalam bidang teknikal dan vokasional,” katanya pada sidang media perbincangan strategik antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, beberapa langkah dan konsep telah dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

“Dua kertas polisi telah dibentangkan pada mesyuarat ini bagi membincangkan isu-isu berkaitan peluang pekerjaan dalam kalangan graduan,” katanya.

Artikel Berkaitan: