Tetamu majlis pengebumian menang lembu

Tetamu majlis pengebumian diberikan beras. - Agensi
Tetamu majlis pengebumian diberikan beras. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Majlis pengebumian seorang wanita warga emas di wilayah Buriram, Thailand dihadiri ratusan penduduk kampung selepas keluarga mendiang mengumumkan pengagihan sebanyak 1.5 tan beras dan lima ekor lembu kepada tetamu bertuah.

Sumbangan dan loteri lembu itu diadakan di kuil Wat Pa Non-Somboon sempena pengebumian Wun Chongchaingam, 92.

Menurut laporan portal berita Sanook, keluarga si mati memperuntukkan lebih 700 kampit beras seberat dua kilogram (kg) kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan.

Laporan itu menambah, acara loteri lembu pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu undian pertama diperuntukkan khas kepada individu miskin tetapi bekerja keras dari empat kampung.

Undian kedua pula tetamu perlu memadankan nombor yang tertera pada beg beras bagi memenangi baki seekor lagi lembu.

“Semasa hayatnya ibu sentiasa berpesan semakin banyak kita memberi, semakin luas pintu rezeki terbuka,” kata Jakkrit Chongchaingam, anak bongsu mendiang. - Agensi