Tanah terbiar kerajaan bakal dibangunkan sebagai tanah pertanian

Salahuddin (kiri) bersama Mohamed Azmin ditemui pada sidang media Perbincangan Strategik Antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di Wisma Tani, Putrajaya hari ini. FOTO: ZAHID IZZANI
Salahuddin (kiri) bersama Mohamed Azmin ditemui pada sidang media Perbincangan Strategik Antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di Wisma Tani, Putrajaya hari ini. FOTO: ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti potensi tanah terbiar milik kerajaan untuk dibangunkan sebagai tanah pertanian yang boleh memberikan hasil pendapatan kepada para petani dan pekebun kecil di negara ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan memainkan peranan dengan kemahiran dan kepakaran yang ada untuk menentukan kesuburan tanah-tanah itu bagi memajukan sektor pertanian negara.

“Kita dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan bahawa terdapat banyak tanah kerajaan terbiar.

“Kita belum lagi dimaklumkan mengenai keluasan tanah namun daripada maklumat awal, kita dapati tiada perancangan ke atas tanah-tanah itu untuk beberapa tahun akan datang,” katanya pada sidang media perbincangan strategik antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya bercadang untuk memanfaatkan tanah-tanah terbiar itu dengan tanaman jangka masa pendek yang boleh memulangkan hasil yang cepat.

“Kita akan lihat dari segi tanaman yang menguntungkan para petani dalam masa singkat seperti kunyit, halia, serai dan beberapa jenis sayur-sayuran yang bernilai tinggi yang kita jalankan secara sistematik.

“Untuk tanaman kekal kita akan pergi kepada potensi durian, belimbing, nangka dan juga tanaman lain yang kita rasakan penting untuk kita membantu industri lain seperti industri makanan binatang seperti jagung bijian yang boleh digunakan untuk makanan ternakan,” katanya.

Artikel Berkaitan: