Program Jerayawara Seni Dwimusim

A
A
A
Para pelukis tekun menghasilkan karya pada Program Jerayawara Seni Dwimusim, Kuala Terengganu bertemakan 'Lindungan dan Dagangan' di Bangunan Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Terengganu.

Tema itu dipilih berdasarkan sejarah negeri Terengganu yang mempunyai banyak cabang peranan baik dari segi sejarah, geografi, ekonomi dan sosial budaya. Sejarah negeri Terengganu dapat dilihat dari beberapa negara di Asia yang berasosiasi dengan negeri Terengganu.

Karya-karya yang dipamerkan memaparkan perkembangan sejarah negeri Terengganu, gaya hidup masyarakat setempat, nilai tradisi budaya dan isu-isu semasa.