LTdIPT medan cungkil bakat pelumba berbasikal lebuh raya negara

Mohd Ali Rustam (belakang, tengah) bersama para penganjur, penaja dan peserta selepas menyempurnakan Majlis Memperkenalkan Pasukan dan Perasmian lTdIPT 2023 di Pusat Sukan UTeM pada Jumaat.
Mohd Ali Rustam (belakang, tengah) bersama para penganjur, penaja dan peserta selepas menyempurnakan Majlis Memperkenalkan Pasukan dan Perasmian lTdIPT 2023 di Pusat Sukan UTeM pada Jumaat.
A
A
A

PERLUMBAAN basikal Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membabitkan 16 pasukan akan bermula Sabtu.

Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, “Kita percaya dari LTdIPT ini akan menonjol nanti beberapa pelumba basikal lebuhraya yang dipilih mewakili negara pada masa akan datang.

“Pada waktu yang sama juga kita juga sedang mengenalpasti pelumba-pelumba basikal lebuhraya yang boleh mempunyai keupayaan untuk membentuk sebuah pasukan bagi mewakili 'Malaysian University Cycling Team' bagi beraksi dalam perlumbaan Jelajah Malaysia atau berupaya di Le Tour de Langkawi nanti”.

Tambah Pekan, “ LTdIPT juga secara tidak langsung memberi pendedahan untuk bertanding dalam perlumbaan berbasikal yang kompetitif.

“KPT mengharapkan LTdIPT mampu membantu merancakkan pembangunan sukan berbasikal dan melahirkan pelumba-pelumba berkaliber tanah air,” katanya.

Sebagai rekod kejohanan dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) disertai pelbagai pasukan IPTA, IPTS di bawah naungan KPT.

Saingan membabitkan empat peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 332.7 kilometer, dengan nilai hadiah keseluruhan RM40,000 menjadi rebutan lebih 100 pelumba.

Majlis pengenalan pasukan disempurnakan Yang Di-pertua Negeri Melaka yang juga Canselor UTeM, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Naib Canselor UTeM Profesor Ts. Dr Massila Kamalrudin.

Sebagai rekod, LTdlPT adalah kesinambungan daripada penganjuran Varsity Cycling Challenge (VCC) yang mula dianjurkan pada 2015.

Pengiktirafan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dilihat turut menjadi pendorong usaha memajukan sukan basikal tempatan khasnya di IPT.

INFO

Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023

Pasukan

1. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang

2. Kolej Komuniti Malaysia

3. Majlis Sukan Politeknik Malaysia

4. Multimedia University

5. UIAM/UPM/UNIMAS

6. Universiti Malaysia Pahang

7. Universiti Malaysia Kelantan

8. Universiti Malaysia Terengganu

9. Universiti Pendidikan Sultan Idris

10. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka

12. Universiti Teknologi Malaysia

13. Universiti Teknologi MARA

14. Malaysian University Cycling Team.

Peringkat Laluan

Peringkat Pertama (96.4km)

Kolej Komuniti Segamat -Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka

Peringkat Kedua (60km)

Kriterium

Peringkat Ketiga (92.8km)

Politeknik Port Dickson-Universiti Putra Malaysia (UPM)

Peringkat Keempat (83.5 km)

Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi -Bangunan KPT, Putrajaya.