Peniaga ditipu Macau Scam, RM29,000 lesap

Abdul Rahim Md Din
Abdul Rahim Md Din
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga kerugian RM29,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Lelaki berusia 45 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai polis' dan memberitahu mangsa terlibat dengan kes penggubahan wang haram, kira-kira jam 9.30 pagi, Selasa lalu.

Menurut sumber, suspek memaklumkan kononnya terdapat aliran wang masuk ke dalam akaun mangsa berjumlah RM140,000 yang dilakukan akukan oleh seorang kartel dadah.

"Suspek memberitahu sekiranya mangsa tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang, dia perlu mengikut arahan dan syarat yang ditetapkan.

"Akibat ketakutan, mangsa tanpa berfikir panjang terus bersetuju dengan semua syarat diberi sebelum membuat lima kali transaksi wang ke dalam akaun diberikan berjumlah keseluruhan RM29,000" katanya.

Selepas selesai melakukan transaksi itu menerusi mesin ATM, mangsa pulang ke rumahnya lalu menceritakan kejadian tersebut kepada isterinya.

"Terkejut mendengar berita berkenaan, isterinya memaklumkan yang suaminya sudah terperangkap dengan sindiket penipuan scammer," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian. Jelasnya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan: