MK K-Clique selamat bergelar suami Siti Hajaar

MK selamat bergelar suami kepada Siti Hajaar dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis nikah di Masjid Jami'il Huda, Ampang jam 9.35 pagi tadi.
MK selamat bergelar suami kepada Siti Hajaar dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis nikah di Masjid Jami'il Huda, Ampang jam 9.35 pagi tadi.
A
A
A

ANGGOTA kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sah bergelar suami apabila selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

Majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, sekitar 9.35 pagi itu turut menyaksikan MK, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan kepada Siti Hajaar.

Pengantin perempuan turut menerima enam dulang hantaran berbalas dengan jumlah sama, manakala wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah jadi suami.

“Doakan kebahagiaan kami bersama,” ujar MK selepas sah bergelar suami.

Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu.