Lapor segera jika laluan motosikal rosak - Nanta

Alexander Nanta Linggi. - Foto Bernama
Alexander Nanta Linggi. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kerja Raya menggesa pengguna jalan raya yang berhadapan dengan masalah kerosakan laluan tersebut untuk membuat aduan segera kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia atau konsesi lebuh raya agar tindakan segera dapat diambil.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian ada menerima maklumat dan maklum balas daripada pengguna jalan raya yang mana ada laluan dan lorong motosikal kurang sempurna.

“Jadi jika ada mana-mana pihak mengetahui jalan yang bermasalah boleh beritahu kepada LLM dengan kasar segera kerana program menyelenggara laluan motosikal termasuk juga dalam konsesi.

“Pihak kementerian tidak mengira sama ada pengguna jalan raya membayar tol atau tidak tetapi perkara paling utama adalah nyawa mereka yang menggunakan lebuh raya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN- Alor Setar).

Pada masa sama, Alexander turut memaklumkan kepada orang ramai untuk tidak khuatir terhadap isu berkenaan kerana kementerian akan melakukan yang terbaik untuk keselamatan pengguna jalan raya.