Croatia beri Belanda pengajaran

Koeman. - Foto AGENSI
Koeman. - Foto AGENSI
A
A
A

CROATIA memberi Belanda satu pengajaran berharga apabila mara ke final Liga Negara-Negara dengan kemenangan 4-2 pada masa tambahan pada Khamis, kata pengendali Belanda, Ronald Koeman.

Belanda menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk memaksa masa tambahan, namun Croatia yang menduduki tempat ketiga pada Piala Dunia tahun lalu, menjaringkan dua gol dalam 30 minit tambahan untuk mengesahkan penentuan final menentang Itali atau Sepanyol.

"Terdapat detik-detik jelas yang menunjukkan di bahagian mana pasukan kami perlu diperbaiki bagi membentuk skuad yang mantap.

"Mereka hanya lebih bijak, sedikit lebih selamat dalam penguasaan bola, dan secara keseluruhan mereka berhak untuk menang," kata Koeman.

Koeman merupakan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Belanda, apabila menggantikan Louis van Gaal selepas Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dalam perlawanan pertamanya kembali dalam tugas pada Mac, pasukan Koeman tewas 0-4 kepada Perancis sebelum berhempas pula untuk menang 3-0 ke atas Gibraltar.

Koeman menegaskan bahawa pasukannya telah meningkat daripada perlawanan itu, namun belum berada pada tahap yang diharapkan untuk dicapai.

"Kami jelas mempunyai pasukan sekarang yang mempunyai tenaga yang betul, yang memberikan perlawanan. Itu sesuatu yang boleh kami bina.

"Tetapi kami menentang pasukan Croatia yang menunjukkan mengapa ia menduduki tempat kedua dan ketiga pada Piala Dunia terkini. Kami perlu belajar daripada itu," kata Koeman.

Belanda akan meneruskan kempen kelayakan Euro 2024 pada September dengan menentang Greece dan Ireland.