Giliran haji 148 tahun, jemaah terpilih perlu bersyukur

Syed Saleh
Syed Saleh
A
A
A

MAKKAH - Umat Islam yang mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun ini perlu menunggu sehingga 148 tahun bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sehingga kini terdapat seramai 3.8 juta pendeposit yang telah mendaftarkan nama dan menunggu giliran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Oleh itu katanya, jemaah haji yang terpilih untuk ke Tanah Suci pada tahun ini perlu bersyukur kerana peluang yang diperoleh amat bernilai serta bersabar kerana ia penting dalam perjalanan haji.

Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.
Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.

“Memetik kata-kata Buya Hamka, syukur dan sabar itu seperti sayap, sebelah kanan itu syukur, sebelah kiri itu sabar, jika patah salah satunya jatuhlah kita,” katanya pada Majlis Ramah Mesra dan Pelantikan Sahabat Maktab 79 dan 80 di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai syukur dan sabar, Syed Saleh berkata, jemaah haji perlu berpegang teguh kepada dua perkara itu walau dalam apa keadaan sekalipun.

Hamadah (kiri) dan Anuar berbincang mengenai tugasan mereka untuk membantu jemaah haji di Abraj Janadriyah.
Hamadah (kiri) dan Anuar berbincang mengenai tugasan mereka untuk membantu jemaah haji di Abraj Janadriyah.

“Masa dapat tawaran itu pasti rasa bersyukur, tetapi selepas itu kena mula bersabar apabila beberapa keperluan perlu diselesaikan dalam waktu ditetapkan.

“Nak kena hantar pasport ke Tabung Haji, perlu lalui pemeriksaan kesihatan yang ketat dan macam-macam lagi yang perlukan banyak kesabaran,”katanya.

Kata Syed Saleh, apabila berada di Tanah Suci, jemaah haji perlu tingkatkan lagi kesabaran kerana banyak lagi yang perlu dilalui.

Syed Saleh ketika memberikan ucapan semasa majlis ramah mesra bersama jemaah haji.
Syed Saleh ketika memberikan ucapan semasa majlis ramah mesra bersama jemaah haji.

“Suhu di Malaysia 30 darjah Celsius apabila sampai sini cecah 40 darjah Celsius. Nak pergi Masjidil Haram perlu hadap cuaca panas.

“Bila dah masuk masjid dan dapat tempat sesuai sambil melihat Kaabah sampai masa nak solat, kadang-kadang kena pindah ke tempat lain pula, semua itu juga perlukan kesabaran,” katanya.

Katanya, semasa menunaikan umrah seperti tawaf contohnya perlu berhadapan dengan jemaah negara lain yang ramai, maka jemaah haji perlu bersabar dari segi mental dan fizikal.

“Di bilik penginapan pula ada cabarannya, bagi suami yang semuanya diurus isteri seperti makan, pakaian akan berasa terbeban dan begitu juga nak capai persefahaman dengan rakan sebilik yang lain,” katanya.

Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.
Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.

Syed Saleh berkata, jemaah juga perlu bersedia untuk menghadapi operasi Masyair yang lebih memerlukan kesabaran kerana perlu berhadapan suhu cuaca yang lebih panas dan ruang penginapan yang terhad.

Beliau turut menasihatkan jemaah supaya menterjemahkan rasa syukur mereka melalui ibadah yang dilakukan dan mengikuti ceramah dan program-program diatur oleh TH.

Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.
Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.

Sementara itu, Pembantu Petugas Haji (Patuh) yang berkhidmat membantu melancarkan urusan jemaah di sini berasa gembira dengan kehadiran kuota penuh jemaah haji Malaysia.

Hamadah Abdul Ghani, 44, yang bertugas di maktab penginapan jemaah berkata, jika pada tahun-tahun sebelum ini semasa Covid-19, hati mereka sedih kerana Tanah Suci sepi tanpa jemaah.

"Apabila keadaan kembali pulih, hati kami rasa seronok kerana lihat Masjidil Haram dah penuh dan kawasan penginapan pun ada ramai jemaah," katanya.

Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.
Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.



Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.
Jemaah haji tersentuh hati dengan bait kata-kata dalam doa yang dibacakan oleh Syed Saleh.

Hamadah antara ratusan Patuh yang berkhidmat di TH dan dia adalah individu yang dilahirkan di Makkah, manakala ibu bapa berasal dari Kedah.

Dia yang fasih berbahasa Melayu loghat Kedah berkata, sentiasa bersedia membantu jemaah supaya dapat menjalani ibadah dengan lancar di Tanah Suci ini.

Seorang lagi Patuh, Anuar Ismail, 46, yang berkhidmat di unit Khidmat Pelanggan TH berkata, semua jemaah yang hadir dianggap sebagai saudaranya dan akan dibantu dengan sebaiknya.

"Saya lahir di sini, ibu bapa asal Pantai Timur. Saya suka dengan kehadiran mereka kerana dapat rasa seperti berada di Malaysia," katanya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Bahasa Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, sudah berkhidmat sebagai Patuh selama 23 tahun.