Lelaki warga Britain ditahan panjat bangunan pencakar langit di Seoul

A British man climbs South Korea's tallest building, the 123-storey Lotte World Tower, without a rope before being forced to abandon the climb more than halfway up, in Seoul, South Korea, June 12, 2023. South Korea's Songpa Fire Station/Handout via REUTERS
A British man climbs South Korea's tallest building, the 123-storey Lotte World Tower, without a rope before being forced to abandon the climb more than halfway up, in Seoul, South Korea, June 12, 2023. South Korea's Songpa Fire Station/Handout via REUTERS
A
A
A

LONDON - Seorang lelaki warga Britain ditahan ketika memanjat bangunan pencakar langit kelima tertinggi di dunia di Korea Selatan, tanpa mengenakan abah-abah (harness), lapor agensi Berita Jerman (dpa).

Lelaki itu juga merancang untuk terjun menggunakan payung terjun dan melarikan diri dengan pesawat.

George King-Thompson ditahan di Seoul pada Isnin selepas memanjat Menara Dunia Lotte setinggi 123 tingkat, 555 meter - pendakian yang diimpikan ketika menjalani hukuman penjara kerana memanjat bangunan pencakar langit Shard di London, menurut satu kenyataan.

Lelaki berusia 24 tahun dari Oxford itu memakai payung terjun dan bercadang untuk terjun dari atas bangunan tetapi hanya berjaya sampai ke tingkat 72 sebelum ditahan.

Selepas "bertahun-tahun bermimpi" dan "berbulan-bulan perancangan", King-Thompson akan cuba mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Korea dengan menaiki penerbangan untuk melarikan diri.

"Ini aksi paling menggembirakan yang pernah saya buat. Aksi memanjat itu sangat bahaya dan jika saya lakukannya, saya perlu keluar dari negara itu secepat mungkin untuk mengelak ditangkap,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi penajanya, Riot E-liquid, iaitu syarikat jenama vape.

Menurut penajanya, King-Thompson bermimpi untuk melakukan aksi itu ketika menjalani hukuman penjara tiga bulan di Penjara Pentonville kerana memanjat Shard pada Julai 2019.

Pada Ogos 2021, pada tahun yang sama dia dibebaskan dari penjara dan memanjat Menara Unex 23 tingkat di Stratford, di timur London, tanpa menggunakan tali, sembilan hari selepas melakukan perkara yang sama di Menara Stratosfera.

Rakaman yang dikongsi pada Isnin menunjukkan seorang lelaki berseluar pendek memanjat menara di Korea Selatan, memaksa 90 anggota kecemasan, polis dan kakitangan lain dihantar ke lokasi kejadian. - Bernama