Polis kesan tiga lelaki

Polis sedang mengesan tiga lelaki yang merupakan saksi penting dalam perbicaraan kes berkaitan dadah.
Polis sedang mengesan tiga lelaki yang merupakan saksi penting dalam perbicaraan kes berkaitan dadah.
A
A
A

MUAR - Polis sedang mengesan tiga lelaki yang merupakan saksi penting dalam perbicaraan kes berkaitan dadah di Mahkamah Tinggi di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, tiga lelaki warga tempatan itu beralamat terakhir di Tangkak dan Muar.

Beliau memberitahu, Muhammad Najib Somadin berusia 32 tahun tinggal di Taman Cempaka 2, dan Muhamad Zaki Johari, 40, di Kampung Parit Jarum.

"Kedua-duanya di Bukit Gambir, Tangkak. Seorang lagi ialah Muhammad Diah Abas, 42, beralamat di Jalan Dato’ Haji Hassan.

"Ketiga-tiganya dikehendaki hadir sebagai saksi penting bagi perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Bahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang tiga lelaki terbabit menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Amira Moklas menerusi talian 012-3316326 atau 06-9564800.

Katanya, sebarang informasi atau keberadaan berkaitan mereka juga boleh disalurkan ke balai polis berhampiran.