Lelaki meninggal dunia dalam tandas

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam tandas kediamannya di Setia Alam, awal pagi Isnin. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam tandas kediamannya di Setia Alam, awal pagi Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki disahkan meninggal dunia setelah dipercayai pengsan dalam tandas kediamannya di Setia Alam di sini, awal pagi Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada isteri mangsa pada 3.04 pagi selepas mangsa, Simon Tan Cheng Kim, 55, terkunci dalam tandas kediamannya di Jalan Setia Utama.

"Enam pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik tiba di lokasi pada 3.22 pagi dan didapati mangsa terkunci dalam tandas serta dipercayai pengsan,” katanya dalam kenyataan.

Mohamadul Ehsan berkata, setelah pintu berjaya dibuka, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas lantai dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. - Bernama