Djokovic padam impian Ruud

Djokovic memenangi gelaran perseorangan Grand Slam ke-23 peribadinya selepas menewaskan Casper Ruud dari Norway dalam final Terbuka Perancis pada Ahad. - Foto EPA
Djokovic memenangi gelaran perseorangan Grand Slam ke-23 peribadinya selepas menewaskan Casper Ruud dari Norway dalam final Terbuka Perancis pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

PARIS - Novak Djokovic memenangi gelaran perseorangan Grand Slam ke-23 peribadinya selepas menewaskan Casper Ruud dari Norway dengan kemenangan straight set dalam aksi final Terbuka Perancis pada Ahad.

Kemenangan Djokovic menyaksikan pemain Serbia berusia 36 tahun itu mengatasi rekod kejohanan terbanyak dimenangi pemain perseorangan lelaki yang selama ini dikongsi bersama seteru tradisinya, Rafael Nadal, lapor Xinhua.

Djokovic turut menjadi pemain lelaki pertama dalam sejarah tenis memenangi empat acara Grand Slam sekurang-kurangnya tiga kali.

Bintang tenis itu bangkit daripada rehat awal pada set pertama untuk mencatat kemenangan 7-6(1), 6-3, 7-5 dalam tempoh tiga jam dan 13 minit.

Pilihan keempat kejohanan, Ruud yang sedang memburu gelaran Grand Slam pertamanya, telah bermain tiga perlawanan akhir tetapi semuanya berakhir sebagai naib juara.

Pemain itu tewas kepada Nadal di gelanggang sama tahun lalu dan turut kecundang kepada seorang lagi pemain Sepanyol Carlos Alcaraz dalam Terbuka AS tahun lalu. - Bernama-Xinhua