10 lagi bakal bakal tinggalkan Umno

Datuk-Seri-Hamzah-Zainudin-
Datuk-Seri-Hamzah-Zainudin-
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, antara enam pemimpin yang keluar Umno hari ini mendedahkan akan berlaku gelombang ketiga bertindak sama sepertinya.

Memetik laporan NSTP, beliau difahamkan, 10 Ahli Parlimen itu akan keluar parti jika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan letak jawatan sebagai Presiden Umno dalam tempoh 10 hari.

Bagaimanapun katanya, mereka belum membuat keputusan mengenai masa depan politik masing-masing termasuk sama ada menyertai mana-mana parti politik termasuk Bersatu.

Katanya, buat masa ini mereka hanya mahu Ahmad Zahid melepaskan jawatan dan Umno boleh mengadakan Perhimpunan Agung Khas untuk memilih presiden dan barisan kepimpinan yang baharu.

Menulas pengundurannya daripada Umno, Hamzah yang mewakili enam Ahli Parlimen berkenaan berkata, Ahmad Zahid gagal memikul tanggungjawab sebagai Presiden walaupun Umno sedang menghadapi masalah mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ahli mahupun rakyat, khususnya orang Melayu.

"Kami berpendapat Ahmad Zahid gagal menetapkan hala tuju parti dalam keadaan sekarang dan wajar bagi beliau melepaskan jawatan.

"Ia juga berkaitan dengan kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad Zahid menyebabkan ahli dan rakyat khususnya Melayu tidak yakin dengan kepimpinan beliau untuk membawa Umno menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama NSTP.

Hamzah antara enam Ahli Parlimen Umno yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Artikel Berkaitan:

Lima orang yang lain adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.