Janji Chong Wei buat isteri

JAGUH perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui bersyukur dipertemukan dengan isterinya, Datin Wong Mew Choo dalam hidupnya.
Memetik status di Instagram peribadinya, Chong Wei berkata semalam merupakan hari paling bermakna buat isteri beliau apabila menyambut ulang tahun ke-36.
Perkenalan sejak zaman remaja, membuatkan beliau yakin wanita itu insan yang tepat untuknya dan merupakan sumber inspirasi untuk terus berjaya sehingga kini.
"Dia menjadikan saya seperti hari ini, saya terhutang budi kepadanya," katanya.
Pengorbanan Mew Choo melahirkan dua zuriat comel, menjaganya ketika sakit membuatkan ikatan kasih sayang antara mereka bertambah erat.
"Saya berjanji tidak akan meninggalkan kamu malah akan menyambut setiap ulang tahun kelahiran bersama," katanya.
Sementara itu, rata-rata netizen terharu dan mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat isterinya dan mendoakan mereka kekal bahagia selamanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amWanita tempatan disyaki dirogol lelaki warga Bangladesh di pusat beli-belah
12 Oktober 2026 01:44pmIbu, bayi maut nahas empat kenderaan di Gua Musang
11 Oktober 2026 07:08pmDua jururawat dipecat rakam pesakit, muat naik kapsyen ‘sangat bosan’
12 Oktober 2026 08:15amKes Shuhaily: Dua anggota polis kemuka laporan tambahan
12 Oktober 2026 08:17am- Iklan -- Iklan -
