Aidiladha: KTMB tambah perkhidmatan tren ke Pantai Timur

KTMB umum tren tambahan sempena Aidiladha ke Pantai Timur.
KTMB umum tren tambahan sempena Aidiladha ke Pantai Timur.
A
A
A

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan tren tambahan perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka pada hari ini, 9 Jun 2023.

Tren Khas ELA yang bermula dari Kuala Lumpur - Tumpat - Kuala Lumpur itu akan berhenti di 17 buah stesen iaitu Stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.

"Atas permintaan menggalakkan pada jualan sebelumnya, KTMB akan menambah dua lagi perkhidmatan ELA dijual bermula jam 8 malam bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket sebelum ini," jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebanyak 952 tiket ditawarkan termasuk koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet dan koc chillax.

Tiket akan dijual dengan harga bermula daripada RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala.

Para pengguna disarankan semak jadual dan masa perjalanan sebelum membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) dengan memuat turun Play Store, App Store serta App Gallery atau menerusi laman sesawang KTMB, www.ktmb.com.my.