Ancaman gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan

Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat mula memindahkan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi paling aktif di negara itu.
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat mula memindahkan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi paling aktif di negara itu.
A
A
A

MANILA - Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat mula memindahkan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi paling aktif di negara itu, di tengah-tengah ancaman letusan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gunung Berapi Mayon di wilayah timur Albay, yang terkenal dengan bentuk kon yang sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

"Cahaya kawah cerah dan batuan pijar dari aliran lahar baharu di puncak Gunung Berapi Mayon juga diperhatikan malam tadi," menurut institut itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mayon diletakkan pada tahap amaran ketiga tertinggi, bermakna "ia kini berada dalam tahap pergolakan agak tinggi ketika magma pada kawah dan letusan berbahaya mungkin berlaku dalam beberapa minggu atau bahkan beberapa hari.

Menurut pejabat penerangan wilayah Albay, kira-kira 2,400 keluarga atau 10,000 penduduk perlu mengosongkan zon bahaya.

"Seboleh-bolehnya, saya mahu mengekalkan rekod sifar mangsa di wilayah kita, jadi... saya harap kita akan dapat memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat," kata Gabenor Albay Edcel Greco Lagman semasa mesyuarat tergempar pada Khamis. - Bernama