Aidil harap kebangkitan atasi Kuala Lumpur

Aidil (kiri) berharap kemenangan ke atas PKNS FC pada suku akhir pertama mampu melonjakkan motivasi pemainnya untuk mengatasi Kuala Lumpur malam esok. - Foto: AHMAD ZAKI OSMAN
Aidil (kiri) berharap kemenangan ke atas PKNS FC pada suku akhir pertama mampu melonjakkan motivasi pemainnya untuk mengatasi Kuala Lumpur malam esok. - Foto: AHMAD ZAKI OSMAN
A
A
A

KEDAH mahu memanfaatkan kelebihan di laman sendiri bagi aksi ke-12 Liga Super 2019 apabila menerima kunjungan pasukan tercorot, Kuala Lumpur di Stadium Darul Aman, malam esok.

Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak berkata, beliau mengakui terkejut dengan kekalahan kepada pasukan tersebut di laman lawan pada aksi ke-8 liga super dan menggesa pemainnya tidak memandang rendah keupayaan pemain-pemain lawan.

Bagaimanapun beliau percaya momentum anak-anak buahnya kembali berada pada tahap yang baik selepas meraih bekalan selesa pada aksi suku akhir pertama Piala FA 2019 ketika membenam PKNS FC 3-1 di laman lawan Selasa lalu.

"Saya akui terkejut dengan kekalahan 2-1 kepada Kuala Lumpur pada pusingan pertama kerana saya lihat Kedah tidak patut kalah pada perlawanan itu.

"Ini peluang terbaik buat kami untuk kembali bangkit merapatkan jurang dengan kelompok atasan dengan memanfaatkan kelebihan di laman sendiri selepas gagal meraih mata penuh pada aksi menentang Melaka United (tewas 0-1) dan Selangor (seri 1-1) sebelum ini," katanya.

Mengakui semua pemainnya dihimpit dengan masalah kecergasan disebabkan jadual yang padat namun Aidil berharap pemain-pemainnya akan tetap fokus untuk memburu kemenangan demi kemenangan buat Lang Merah.

Kedah kini berada di berada di tangga keempat liga selepas 11 perlawanan dengan mencatatkan empat menang, empat seri dan tiga tewas untuk mengumpul 16 mata.

Artikel Berkaitan: