Menangi tiket percuma filem Brightburn

Filem Brightburn
Filem Brightburn
A
A
A

BrightBurn

Bahasa: Inggeris

Pengarah: David Yarovesky

Pelakon: Elizabeth Banks, David Denman, Meredith Hagner

Genre: Seram/thriller

Klasifikasi: 18

Tayangan: 9 Mei 2019

Edaran: Sony Pictures Releasing International

Artikel Berkaitan:

PERADUAN Wayang HibSinar kini kembali lagi dengan sebuah filem yang cukup menarik, Brightburn yang bakal menemui penonton bermula 9 Mei 2019.

Filem arahan David Yarovesky, bertemakan superhero seram ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Klyle Breyer (David Denman) dan Tori Breyer (Elizabeth Banks) yang tidak mempunyai anak.

Namun pada suatu hari, ketika tahi bintang jatuh berhampiran kediamana mereka, Kyle dan Tori menemui seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai berasal dari dunia asing.

Disebabkan mereka tidak mempunyai anak, pasangan ini memutuskan untuk mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat mereka dan diberi nama Brandon Breyer (Jackson A. Dunn).

Brandon membesar sama seperti kanak-kanak lain, namun dia mempunyai kelebihan superpower yang tidak dimiliki orang biasa.

Menyedari situasi itu, Klyle dan Tori cuba untuk menggunakan kelebihan Brandon untuk tujuan kebaikan, bagaimanapun sebaliknya telah berlaku.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan ketinggalan untuk menonton filem terbitan James Gunn, penerbit yang bertanggungjawab membawakan filem Guardians of the Galaxy, di Wayang HibSinar pada 8 Mei ini, sebelum tayangan umumnya di seluruh pawagam pada 9 Mei.

Filem Brightburn
Filem Brightburn

PERADUAN

Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Brightburn - WayangHibSinar (Sinar Harian) dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem Brightburn kerana:............................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan e-mel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 6 Mei 2019).

No Image Caption

INFO TAYANGAN WAYANG HIBSINAR – BRIGHTBURN

Tarikh: 8 Mei 2019 (Rabu)

Masa: 8.30 Malam

Lokasi: GSC, 1Utama

(Terima kasih: Sony Pictures Malaysia)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).