Jaringan Bowen matikan langkah Fiorentina

Italiano
Italiano
A
A
A

KELAB Serie A, Fiorentina tidak mempunyai sebarang jawapan kepada kekalahan 1-2 kepada West Ham United dalam perlawanan akhir Liga Konferensi di Eden Arena awal pagi Khamis.

Malah menurut pengendali Fiorentina, Vincenzo Italiano sukar untuk memberikan reaksi selain kecewa selepas jaringan minit ke-90, Jarrod Bowen memastikan The Hammers merangkul trofi kejuaraan kelab Eropah tahap tiga tersebut.

“Sejujurnya malam ini saya tidak menyangka segala-galanya boleh berakhir seperti ini...

“Kami bermain dengan baik, mempunyai peluang dan segera menyamakan kedudukan selepas sepakan penalti yang boleh mematikan perjuangan Fiorentina.

“Kami bertindak balas, kami mempunyai beberapa peluang keemasan, namun apabila pasukan lawan mula menguasai bahagian tengah, kami tidak melakukan pergerakan yang betul di bahagian pertahanan, dan semuanya sudah berakhir dan musnah,” katanya.

The Hammers terlebih dulu memimpin perlawanan hasil jaringan pada minit ke-62 apabila Said Benrahma menyempurnakan sepakan penalti selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Giacomo Bonaventura kembali menyamakan kedudukan buat kelab Itali itu selepas menewaskan penjaga gol West Ham, menewaskan Alphonse Areola.

Kejayaan anak buah David Moyes itu juga menyaksikan kelab London tersebut merangkul trofi kedua kelab Eropah selepas Piala Juara-Juara pada tahun 1965.

Sementara itu, Fiorentina terpaksa menunggu lebih lama untuk gelaran Eropah, setelah memenangi Piala Juara-Juara pada tahun 1961.

“Saya mempunyai kerjaya yang panjang dalam bola sepak dan anda tidak mendapat banyak saat seperti ini," kata Moyes, yang tugasnya terancam pada awal musim ketika The Hammers bergelut mengakhiri cabaran Liga Perdana Inggeris di tempat ke-14 mendapat tempat saingan Liga Europa musim depan.