Novartis Malaysia diiktiraf ‘Penaja Terbaik’

Mohamed Elwakil (dua dari kiri) menerima anugerah daripada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sambil disaksikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Hassan (kiri); Timbalan Perdana Menteri Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Ketua Pegawai Eksekutif, Penyelidikan Klinikal Malaysia, Dr Akhmal Yusof. oleh Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Perdana Menteri Sarawak dan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan serta Kerajaan Tempatan Sarawak dan Dr Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Penyelidikan Klinikal Malaysia.

A
A
A

NOVARTIS Malaysia diiktiraf ‘Penaja Terbaik’ pada Anugerah Penyelidikan Tajaan Clinical Research Malaysia (CRM) atas sumbangan cemerlang kepada ekosistem klinikal di negara ini.

Ia merupakan tahun keempat berturut-turut syarikat itu mendahului sebagai penaja utama bagi kajian baharu dan melabur kira-kira RM53.56 juta dalam 79 kajian berterusan yang merangkumi lebih 25 peratus daripada nilai keseluruhan di Malaysia.

Presiden bagi Novartis Malaysia, Mohamed Elwakil berkata, syarikat memainkan peranan penting bagi menyokong usaha mengukuhkan khidmat penjagaan kesihatan negara khususnya dalam bidang penyelidikan dan ujian klinikal.

“Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk mentafsirkan semula perubatan demi menambah baik dan melanjutkan hayat insan.

“Kami turut terlibat dalam inisiatif kerajaan untuk menambah baik keupayaan tempatan dengan meningkatkan kualiti ujian klinikal dan meluaskan capaian kepada rawatan serba maju di negara ini,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohamed Elwakil bersama Ketua Hal Ehwal Perubatan Negara Novartis Malaysia, Balraj Sethi menunjukkan anugerah 'Sponsor of the Year' kerana menyumbang jumlah pengajian baharu tertinggi pada 2022 dan mempunyai salah satu daripada nilai kajian kumulatif tertinggi pada 2022.

Tambah beliau, mereka akan terus meningkatkan penglibatan bersama kerajaan dan menyokong usaha untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan menerusi penyelidikan klinikal untuk merintis usaha mencari penyelesaian agar dapat menambah baik rawatan pesakit.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof berkata, pelbagai ujian yang dilaksanakan oleh Novartis merupakan rawatan inovatif dengan meningkatkan keputusan kesihatan pesakit dalam ujian klinikal.

“CRM mengiktiraf sumbangan Novartis sebagai penaja utama bagi tahun 2022 menerusi jumlah dan nilai kontrak ujian klinikal yang tinggi dibawa masuk ke dalam negara.

“Nilai yang ditawarkan oleh Malaysia sebagai destinasi ujian klinikal pilihan utama adalah berdasarkan komitmen para penyelidik klinikal, pengawasan kawal selia kukuh, penghantaran data klinikal berkualiti tinggi dan proses untuk melaksanakan ujian klinikal terselaras di negara ini,” katanya.