Kejutan kepada Pemuda Umno Kelantan

Noor Hariri Mohamad Noor
Noor Hariri Mohamad Noor
A
A
A

KOTA BHARU – Pemuda Umno Kelantan tidak pernah membayangkan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz akan meninggalkan parti itu, terutamanya ketika ahli masing-masing sedang beristiqamah dengan perjuangan parti itu.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamad Noor berkata, beliau mengetahui perkara tersebut setelah ia mula tersebar di dilaman sosial dan dihubungi rakan-rakan seperjuangan.

“Saya tidak tahu tentang hal ini. Memang amat mengejutkan, sebab sebelum ini tiada tanda-tanda pun yang beliau akan berbuat demikian.

"Saya tidak sangka beliau keluar Umno disaat kita memerlukan kepimpinan barisan-barisan berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Artikel Berkaitan: