Tidak sangka empayar Healez meluas

Jenama standard produk penjagaan wajah dari Jepun

Mohamad Faisal (kanan) dan Edward Cheng merupakan usahawan yang memulakan perniagaan produk penjagaan wajah sewaktu pandemik Covid-19.
Mohamad Faisal (kanan) dan Edward Cheng merupakan usahawan yang memulakan perniagaan produk penjagaan wajah sewaktu pandemik Covid-19.
A
A
A

PUCHONG - Siapa sangka niat yang pada mulanya hanya mahu membantu rakan terdekat dan pelanggan setia spa kecantikan untuk mendapatkan kulit mulus sewaktu pandemik Covid-19 akhirnya membawa kepada kelahiran jenama produk penjagaan kulit, Healez.

Healez diasaskan oleh dua pengasas bersama iaitu Edward Cheng dan Mohamad Faisal Ismail.

Produk Healez kini berada di pasaran Malaysia dan boleh didapati secara atas talian dan di beberapa farmasi di Selangor.
Produk Healez kini berada di pasaran Malaysia dan boleh didapati secara atas talian dan di beberapa farmasi di Selangor.

Menceritakan detik-detik penubuhan jenama penjagaan kulit berkenaan, Mohamad Faisal berkata, tujuan utama Healez dikeluarkan bertujuan membantu orang ramai mendapatkan produk kulit yang sesuai, berkualiti dan mampu milik.

“Kebanyakan pelanggan kami mengadu bahawa pandemik Covid-19 telah mengubah kehidupan secara total yang mana mereka tidak mampu mendapatkan perkhidmatan penjagaan kulit wajah.

“Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengadu pemakaian pelitup muka menyebabkan kulit muka menjadi sensitif dan kemudiannya berjerawat,” katanya.

Tambah Mohamad Faisal, keadaan itu telah membawa kepada permintaan orang ramai yang mahukan nasihat dan cadangan tentang produk terbaik yang boleh digunakan untuk merawat kulit bermasalah.

Bantu ahli terapi

Sementera itu, Edward Cheng berkata, penubuhan jenama Healez juga kerana mahu membantu lebih 60 ahli terapi wajah seliannya yang terkesan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada tahun ini, produk Healez akan di pasarkan di Indonesia dan Amerika Syarikat.
Pada tahun ini, produk Healez akan di pasarkan di Indonesia dan Amerika Syarikat.

Jelas jejaka berusia 38 tahun itu, kebanyakan sumber kewangan ahli terapi itu diperoleh daripada hasil membuat rawatan penjagaan wajah sama ada di salon atau perkhidmatan rumah ke rumah.

“Memikirkan permasalahan yang membelenggu ahli terapi dan pelanggan, saya mula bekerjasama dengan saintis untuk menghasilkan formula terbaik merawat masalah jerawat pada wajah.

“Pada ketika itu, kami hanya terfikir untuk menjual 2,000 botol serum kerana mahu membantu ahli terapi mendapatkan sumber kewangan dan pelanggan untuk mendapatkan kulit yang sihat,” ujarnya.

Menurut Edward Cheng, jenama keluarannya itu mengikut standard produk penjagaan wajah dari Jepun.

Beliau berkata, produk keluaran negara matahari terbit itu adalah bersifat terkini di mana ia sentiasa ditambah baik dengan formula baharu.

“Cara Jepun mengendali sesuatu produk wajar dicontohi kerana ia bukan sekadar melalui ujian di makmal sahaja tetapi juga ada ujian secara klinikal kepada kulit manusia.

“Sebelum Healez dilancarkan, saya mewajibkan ujian klinikal dilakukan di mana kami mencari sekurang-kurangnya 50 orang calon dengan jenis kulit pelbagai untuk mencuba produk ini,” jelasnya.

Produk pertama

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa kesemua proses termasuklah penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan dan edaran dilakukan bersama.

Orang ramai boleh mendapatkan produk Healez dalam bentuk set percubaan.
Orang ramai boleh mendapatkan produk Healez dalam bentuk set percubaan.

Tambah Edward Cheng lagi, produk pertama iaitu Serum Healez melalui fasa R&D selama sembilan bulan sebelum ia dilancarkan di pasaran.

Dalam pada itu, Mohamad Faisal menjelaskan bahawa jenama berkenaan akan menembusi pasaran antarabangsa iaitu Indonesia dan Amerika Syarikat.

Katanya lagi, terdapat permintaan banyak daripada pelanggan Indonesia yang menginginkan produk berkenaan dijual di pasaran berkenaan.

“Pada bulan ini, kami akan mula membuat persiapan untuk pembukaan pejabat di Jakarta dan buat masa kini, kami hanya merancang untuk menjual produk tersebut secara atas talian.

“Bagaimanapun, bagi produk yang bakal di pasarkan di Amerika Syarikat, kita akan formulakan semula supaya ia (produk) sesuai dengan cuaca dan kulit penduduk tempatan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan Healez akan memperkenalkan tiga produk baharu pada tahun ini iaitu ubat jerawat, krim pelindung matahari dan pelembap bibir.

Info

Email: healezhq@gmail.com

TikTok: @healezofficial

Instagram: @healezoffical

Twitter: @healezofficial

Youtube: @healezhq

Facebook: @HealezOfficial

Contact: +6011-6328 2720