City sudah belajar dari kegagalan lalu

Rodri yakin mampu tundukkan Inter dalam aksi akhir Liga Juara-Juara. - Foto AFP
Rodri yakin mampu tundukkan Inter dalam aksi akhir Liga Juara-Juara. - Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER City telah belajar daripada kegagalan lalu di pentas Eropah dan berjanji tidak akan mengulangi episod duka menentang Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Ahad ini.

City terlepas kejuaraan Liga Juara-Juara selepas ditewaskan oleh Chelsea pada 2021 sebelum tersingkir di peringkat separuh akhir ketika menentang Real Madrid tahun lalu.

Ia sekali gus menjadikan Liga Juara-Juara sebagai satu-satunya trofi yang masih belum diraih dan bakal menjadikan aksi perlawanan akhir di Istanbul untuk memecahkan kebuntuan itu.

Pemain tengah City, Rodri berkata, kejayaan sensasi menentang Real Madrid di peringkat separuh akhir sebelum mara ke perlawanan akhir telah membuktikan pasukan itu boleh membetulkan kesilapan musim sebelumnya.

"Seperti yang saya beritahu anda sebelum ini, kami cuba belajar daripada masa lalu.

"Ia adalah sesuatu yang anda pelajari dan saya fikir keinginan seperti bagaimana kami bermain menentang Real Madrid.

"Jadi, kami akan bermain dengan cara yang sama, cuba menyelesaikannya dan cuba memenangi perlawanan akhir," katanya.

Kemenangan 4-0 di Etihad menentang Real yang membolehkan mereka mara ke perlawanan akhir menyaksikan City pada prestasi terbaik mereka.

"Saya fikir pengalaman itu adalah perkara yang sangat baik. Kami juga ada pemain yang datang dan memberi impak yang besar," katanya.