World #QuranHour di UniRazak

Dr Shahruddin (empat dari kiri) memegang plakad World #QuranHour pada program UniRazak #QuranHour di UniRazak Kuala Lumpur kelmarin.
A
A

KUALA LUMPUR - Dalam usaha mendekatkan mahasiswa dengan al-Quran, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) menerusi Kelab Usrah Muslimin dan Kelab Pusaka Goyang melaksanakan Program UniRazak #QuranHour di sini kelmarin.

Program anjuran bersama Persatuan Tahfiz Malaysia (Pertama) dan Rumah Ngaji itu sempena World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 30 Mei depan.

Ketua Pegawai Operasi UniRazak, Mohamed Fairuz Mohamed Noor berkata, pihaknya menyambut baik pelaksanaan World #QuranHour yang mengangkat surah al-Kahf sebagai tema pada tahun ini.

Antara penuntut UniRazak yang memperdengarkan bacaan ayat al-Quran pada Majlis UniRazak #QuranHour di Kuala Lumpur, kelmarin.
Antara penuntut UniRazak yang memperdengarkan bacaan ayat al-Quran pada Majlis UniRazak #QuranHour di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Susulan daripada itu, kami mengambil inisiatif mengadakan UniRazak #QuranHour sebagai usaha memartabatkan penguasaan ilmu al-Quran dan akademik peringkat belia khususnya dalam kalangan penuntut UniRazak.

“Pada masa sama, keindahan surah al-Kahf yang antaranya memaparkan kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi mempertahankan aqidah mereka ketika diburu pemerintah zalim dijadikan iktibar kepada para penuntut di universiti ini,” katanya pada Majlis UniRazak #QuranHour.

Hadir merasmikan program itu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh. Panduan hidup

Mengulas lanjut, Mohamed Fairuz memberitahu, selain daripada teladan, surah al-Kahf yang mengandungi 110 ayat itu juga mempunyai pelbagai manfaat dan memberikan panduan dalam kehidupan generasi muda.

Antara pelajar tahfiz yang hadir pada Majlis UNIRAZAK #QuranHour di UNIRAZAK Kuala Lumpur.
Antara pelajar tahfiz yang hadir pada Majlis UNIRAZAK #QuranHour di UNIRAZAK Kuala Lumpur.

“Sebagai pendidik, kami berpegang teguh bahawa golongan belia hari ini bakal memimpin negara pada masa akan datang. Persoalannya bagaimana kita ingin membentuk mereka (belia) menjadi pemimpin berteraskan iman?

"Sehubungan itu, bagi mencapai matlamat tersebut kami memperkenalkan program Al-Asasi UniRazak yang terbuka kepada pelajar tahfiz di seluruh negara," katanya.

Program dua tahun prauniversiti itu direka khas bagi menyediakan platform buat pelajar tahfiz yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia mengikuti program diploma dan ijazah di UniRazak melalui penyertaan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu.

Kumpulan Rumah Ngaji turut berkesempatan membaca Asma ul-Husna pada program UniRazak #QuranHour.
Kumpulan Rumah Ngaji turut berkesempatan membaca Asma ul-Husna pada program UniRazak #QuranHour.

“Tumpuan utama Al-Asasi adalah pada subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan hafazan serta penempatan kerja selama enam bulan.

“Inisiatif ini bertujuan melahirkan pelajar tahfiz yang mempunyai nilai kebolehpasaran untuk menceburi kerjaya,” jelasnya.

Program World #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas bakal menghimpunkan umat Islam sedunia membaca al-Quran secara serentak selama satu jam pada 30 Mei depan bersamaan 25 Ramadan 1440H.

Program bacaan al-Quran itu boleh diadakan di mana-mana lokasi di seluruh dunia.

Peserta yang hadir pada Majlis UNIRAZAK #QuranHour di UNIRAZAK Kuala Lumpur, kelmarin.
Peserta yang hadir pada Majlis UNIRAZAK #QuranHour di UNIRAZAK Kuala Lumpur, kelmarin.

Di peringkat kebangsaan, lokasi perdana World #QuranHour ialah di Masjid Sultan Alam Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak, Selangor.

Tema tahun ini adalah membawa misi surah al-Kahf yang mengandungi 110 ayat.