Young Tigers keempat terbaik Asia

Young Tigers mengakhiri kempen Piala Remaja Asia 2023 di kedudukan empat terbaik selepas tewas kepada Korea Selatan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat pada Khamis. FOTO : Asia Hockey Federation
Young Tigers mengakhiri kempen Piala Remaja Asia 2023 di kedudukan empat terbaik selepas tewas kepada Korea Selatan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat pada Khamis. FOTO : Asia Hockey Federation
A
A
A
SKUAD hoki remaja negara mengakhiri cabaran Piala Remaja Asia 2023 di kedudukan empat terbaik selepas tewas 1-2 kepada Korea Selatan pada Khamis.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat di Kompleks Belia Sultan Qaboosa, Salalah, Oman itu anak buah Muhamad Amin Rahim bermula garang.

Namun Korea Selatan yang dijinakkan 3-1 dalam peringkat Kumpulan B sebelum ini terlebih dulu di depan hasil pukulan sudut penalti Lim Dohyun pada minit ke-22.

Bagaimanapun Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari kembali menyamakan kedudukan hasil gol padang pada minit ke-26.

Korea Selatan kemudian mengandakan asakan akhir kembali mendahului menerusi gol padang Yoo Seungho pada minit ke-37.

Young Tigers memulakan kempen Piala Remaja Asia dengan langkah kanan apabila menewaskan Uzbekistan 8–1, Bangladesh (5-1) dan Korea Selatan (3–1).

Kemenangan itu juga membolehkan skuad negara muncul juara Kumpulan B dengan 12 mata, diikuti Korea Selatan (9 mata), Bangladesh (6 mata), Oman (3 mata) dan Uzbekistan (0 mata).

Bagaimanapun hasrat skuad muda negara untuk pergi lebih jauh tidak kesampaian apabila tewas 2-6 kepada pasukan pilihan Pakistan dalam aksi suku akhir.