Dua kenderaan parkir depan Kompleks PKNS terbakar

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran dua kenderaan terbakar di kawasan parkir di hadapan Kompleks PKNS, Shah Alam pada Khamis.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran dua kenderaan terbakar di kawasan parkir di hadapan Kompleks PKNS, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua kenderaan diparkir di hadapan Kompleks PKNS, di sini terbakar dalam kejadian pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kebakaran tersebut melibatkan kereta jenis Perodua Myvi terbakar 50 peratus dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota C-HR terbakar lima peratus

Dalam kejadian tersebut beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.25 petang.

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hafisham berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

"Pasukan forensik sedang siasat bagi mengenal pasti punca kebakaran," katanya.