Dua wakil negara raih slot suku akhir di Thailand

DUA pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao mara ke suku akhir Terbuka Thailand selepas menundukkan lawan masing-masing di Bangkok pada Khamis.
Tze Yong mengejutkan pilihan utama yang juga pemain ketujuh dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan menerusi kemenangan straight set dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamak, Bangkok.
Pemain berusia 23 tahun itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan 17-20 untuk melakar kemenangan 23-21.
Bagaimanapun, 'drama' berbeza terjadi pada set kedua ketika mendahului 20-18, Tze Yong memberi peluang lawan bangkit untuk mengikat mata kepada 20-20.