PRN: Gerakan tidak bertanding di Kelantan

Mohd Amar (tengah) bersama Mumtaz (kiri) menyampaikan anugerah tokoh dan ikon HSK 2023 kepada penerima pada Sambutan HSK 2023 di Putik, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Khamis.
Mohd Amar (tengah) bersama Mumtaz (kiri) menyampaikan anugerah tokoh dan ikon HSK 2023 kepada penerima pada Sambutan HSK 2023 di Putik, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan mendedahkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tidak akan bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang akan bertanding untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) nanti.

"Kalau di luar Kelantan, saya tidak pasti. Tapi di sini tiada kerusi untuk Gerakan," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu, beliau merasmikan Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2023 di Pusat Tarbiyah Islamiah (Putik), Pengkalan Chepa di sini.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Sebelum itu, pada Selasa media tempatan melaporkan Gerakan dijangka bertanding kira-kira 30 kerusi dalam PRN di enam negeri akan datang.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, pemilihan kerusi Gerakan bagi PRN sudah siap hampir 90 peratus.