MAHB beroperasi kapasiti penuh, jangka 31,6000 pengembara haji

MAHB beroperasi pada kapasiti penuh di seluruh rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara dengan jangkaan lebih 31,600 jemaah haji. - Gambar hiasan
MAHB beroperasi pada kapasiti penuh di seluruh rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara dengan jangkaan lebih 31,600 jemaah haji. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) beroperasi pada kapasiti penuh di seluruh rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara susulan musim haji ini dengan jangkaan lebih 31,600 jemaah haji.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal dalam kenyataan berkata, peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia untuk Mei hingga Julai.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia dan Arab Saudi meneruskan inisiatif ‘Makkah Route’ atau Laluan Mekah yang memberi kemudahan prapelepasan imigresen Arab Saudi kepada jemaah haji negara di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus mengurangkan masa menunggu.

"Pelan operasi kami untuk musim haji adalah merangkumi semua, kerana kami mahu memberi pengalaman lapangan terbang terbaik kepada jemaah.

"Kami menyediakan ruang rehat khas di Pintu C16 dan C17 untuk proses prapelepasan ini yang dikendalikan oleh pegawai imigresen daripada kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata ruang rehat itu boleh memuatkan 500 orang selain turut terdapat perkhidmatan buggy daripada Pintu C11 ke ruang rehat tersebut.

Selain itu, katanya, 114 penerbangan sewa khas oleh MAHB dan Saudi Airlines akan digunakan untuk membawa jemaah haji dengan tujuh lapangan terbang iaitu KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (Kedah), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kelantan) dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (Terengganu) terlibat dalam operasi bersama Lembaga Tabung Haji itu.- Bernama