Anwar gembira terima kehadiran cucu ke-13

Anwar berkongsi kegembiraan apabila menyambut kehadiran cucunya yang ke-13 pada Selasa. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar berkongsi kegembiraan apabila menyambut kehadiran cucunya yang ke-13 pada Selasa. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kegembiraan apabila menyambut kehadiran cucunya yang ke-13 pada Selasa.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar juga berkongsi gambar beliau sedang mendukung cucunya itu yang merupakan anak kepada Nurul Nuha Anwar.

Nurul Nuha merupakan anak kedua kepada Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Syukur ke hadrat Ilahi tatkala saya dan Azizah hari ini menerima kehadiran cucunda ke-13.

"Alhamdulillah, tahniah anakanda Nuha dan Khairul," katanya.

Sementara itu di bahagian komen, rata-rata pengguna laman sosial Facebook mengucapkan tahniah selain mendoakan kesejahteraan Anwar dan keluarga.

"Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Semoga sentiasa dipermudahkan segalanya dan dirahmati ALLAH," kata Amad Ewan.

"Tahniah Perdana Menteri, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ALLAH mendapat cucu yang ramai. Alhamdulillah," komen pengguna Facebook bernama Jemi Adis.

"Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kebaikan hati selama ini. Semoga tuhan sentiasa melindungi Datuk Seri dan keluarga," luah pengguna Facebook bernama Premila Palaniandy Mila Peter.