Leicester tersingkir, Everton terselamat

Reaksi pemain Leicester yang kecewa selepas tersingkir dari saingan EPL. FOTO: AFP
Reaksi pemain Leicester yang kecewa selepas tersingkir dari saingan EPL. FOTO: AFP
A
A
A

LEICESTER City tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) hanya tujuh tahun selepas kejayaan menjulang trofi liga tersebut.

Everton pula terselamat dan akan kekal di liga utama Inggeris itu untuk tempoh 69 tahun apabila menewaskan Bournemouth 1-0 semalam.

Leeds United juga akan kembali ke Liga Kejuaraan selepas tiga musim dalam EPL selepas tewas 1-4 kepada Tottenham Hotspur.

Abdoulaye Doucoure muncul wira Everton selepas pemain tengah Mali itu meledak gol pada minit ke-57 untuk mencetuskan sambutan meriah di sekitar Goodison Park.

Sebaliknya, Leicester kecewa apabila mereka tersungkur, walaupun menang 2-1 ke atas West Ham.

"Terdapat masalah dalam pasukan tetapi ia tidak serius dan kami membuktikannya. Kami menunjukkan semangat juang yang tinggi.

"Kami tidak sepatutnya berada di kedudukan ini dan kami perlu belajar mengatasinya," kata pengurus Everton, Sean Dyche.