Eagle's Nest Skywalk Langkawi

A
A
A
Eagle's Nest Skywalk Langkawi yang menjadi tarikan terbaharu pulau peranginan ini dijangka dibuka kepada orang ramai selepas pembinaannya siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek tersebut yang dimulakan pada 2019 sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran termasuk tempoh pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerja-kerja pembinaannya ditangguhkan.

Terletak di puncak Gunung Machinchang pada ketinggian 645 meter dari aras laut, Muhammad Sanusi berkata pembinaan Eagle's Nest Skywalk yang menelan kos RM30 juta direka bentuk dengan mengambil ilham daripada ikon Langkawi iaitu helang.