ADUN Limbahau sertai GRS

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Juil Nuatim diterima sebagai ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara langsung pada Selasa, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

Setiausaha Agung GRS itu dalam satu kenyataan berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu menghantar permohonannya kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS di sini pada Selasa.

Penyampaian dokumen keahlian Juil disaksikan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Juil mengumumkan keluar daripada KDM Ahad lepas (21 Mei). - Bernama