Bersatu Kelantan pelawa Ikhmal Hisham sertai PH?

SAZMI
SAZMI
A
A
A
MACHANG - Bersatu Kelantan akan menilai dan menyerahkan keputusan kepada pimpinan pusat sekiranya Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berminat dan memohon bagi menyertai mereka.

Sebentar tadi, Ikhmal Hisham mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Tanah Merah dan keluar dari parti itu dalam satu majlis pertemuan ringkas di Dewan Umno Gual Ipoh, Tanah Merah.

Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan baharu melibatkan pelbagai pihak termasuk dalam kalangan pemimpin-pemimpin Umno yang bertindak keluar parti.

"Kita mengucapkan tahniah kepada mereka yang mengambil keputusan untuk keluar daripada Umno. Ini bermakna mereka telah mula sedar bahawa parti itu hanya tinggal nama dan tidak dapat membantu orang Melayu sebagaimana didakwa. Sekalipun agak terlewat tetapi ia adalah keputusan yang terbaik.

"Kami mengalu-alukan mereka menyertai mana-mana parti dalan PH termasuk Bersatu. Namun, dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin tertinggi yang ingin menyertai parti komponen PH hendaklah bersih dan tidak terlibat dengan amalan tidak sihat serta tidak terlibat dengan siasatan atau tuduhan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Artikel Berkaitan: