UMK kongsi kepakaran antarabangsa dengan universiti Jordan

Razli duduk (kiri) dan Khalid (kanan) menandatangani MoA bagi kedua-dua universiti. - Foto UMK
Razli duduk (kiri) dan Khalid (kanan) menandatangani MoA bagi kedua-dua universiti. - Foto UMK
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meluaskan perkongsian kepakaran bidang akademik melalui menjalinkan kerjasama penyelidikan antarabangsa dengan Jordan University Science and Technology (Just).

Naib Canselor UMK, Datuk Profesor Dr Razli Che Razak berkata, kerjasama dilaksanakan menerusi pelaksanaan projek Matching Grants Malaysia-Jordan.

“Projek ini ialah inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia dan Education Malaysia Jordan.

“Perlaksanaannya akan menjadi pemangkin usaha perkongsian kepakaran dan penyelidikan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya selepas menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Presiden Just, Prof Khalid I El-Salem

Majlis disaksikan oleh Duta Malaysia di Jordan, Tuan Yang Terutama Mohamad Nasri Abdul Rahman.

Razli (kiri) dan Khalid (kanan) menunjukkan dokumen MoA antara UMK serta Just. - Foto UMK
Razli (kiri) dan Khalid (kanan) menunjukkan dokumen MoA antara UMK serta Just. - Foto UMK

Turut hadir, Kaunselor Pendidikan Kedutaan Malaysia, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid.

Menurut Razli, jumlah permohonan geran yang diterima Just sebanyak 566 dan universiti itu hanya memilih 29 projek untuk kerjasama berkenaan.

“Sebanyak empat projek penyelidikan tersebut adalah daripada UMK.

“Matching Grants ini juga akan menyokong projek penyelidikan kolaboratif dengan pihak luar, seperti institusi antarabangsa yang boleh menyediakan kepakaran, sumber atau rangkaian pelengkap untuk projek penyelidikan,” ujar beliau.

Tambahnya, kerjasama itu juga akan merangsang pelaburan luar dan dapat mempromosikan UMK di persada antarabangsa.