Wanita ditipu 'Inspektor Khoo', rugi RM4,950

Macau Scam
Macau Scam
A
A
A
MIRI - Seorang wanita kerugian RM4,950 pada Isnin lalu apabila ditipu ‘Inspektor Khoo’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa berusia 28 tahun itu yang bertugas sebagai juruaudit, pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Tuan Mazlan Rahman yang mendakwa Pegawai Mahkamah Sesyen Shah Alam Isnin lepas.

"Mangsa diberitahu oleh lelaki berkenaan yang mangsa terlibat dalam kes langgar lari menyebabkan kematian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian telah dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Lau Kin Ming’ melalui nombor telefon 0389486122 memberitahu bahawa mangsa mempunyai 23 akaun bank atas namanya telah terlibat dengan pelbagai kegiatan haram.

"Selepas itu mangsa telah dihubungi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Khoo (01125114037) dan lelaki itu telah meminta mangsa untuk memasukkan wang sebanyak RM4,950 bagi tujuan semakan akaun banknya di Bank Negara," katanya.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, mangsa memindahkan wang berjumlah RM4,950 melalui mesin ATM ke satu akaun bank yang telah diberikan lelaki itu dan selepas transaksi pemindahan wang berkenaan mangsa tidak lagi dihubungi oleh pihak berkenaan, menyebabkan mangsa merasakan telah ditipu serta terus membuat laporan polis. - Bernama