RM60 juta kerugian akibat jenayah komersial di Sarawak

Jenayah Komersial di Sarawak bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini mencatatkan 1,465 kes dengan kerugian mencecah RM60 juta.
Jenayah Komersial di Sarawak bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini mencatatkan 1,465 kes dengan kerugian mencecah RM60 juta.
A
A
A

KUCHING - Jenayah Komersial di Sarawak bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini mencatatkan 1,465 kes dengan kerugian mencecah RM60 juta.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, jumlah kes itu juga menyaksikan peningkatan berbanding 1,278 kes dengan kerugian RM36 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

"Antara kes jenayah komersial melibatkan mangsa paling ramai di negeri ini ialah jenayah e-dagang yang mencatatkan 279 kes dengan nilai kerugian RM2.06 juta; tawaran pekerjaan (165 kes, kerugian RM3.9 juta); pinjaman tidak wujud (154 kes, kerugian RM1 juta); pelaburan (115 kes, kerugian RM12.4 juta) dan penipuan melalui telefon (111 kes, kerugian RM8 juta),” katanya pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di sini pada Rabu.

Mohd Azman berkata, sebanyak 456 tangkapan berkaitan jenayah komersial telah dibuat bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

"Selain itu, sebanyak 652 orang (termasuk daripada kes pada tahun sebelum) telah dituduh di mahkamah bagi tempoh sama,” katanya. - Bernama