Solari mahu kemenangan ke-10

Solari - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Solari - Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A
A

SETELAH merekodkan sembilan kemenangan berturut-turut, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari mahu skuad kendaliannya itu memberikan aksi terbaik bagi melakar kemenangan ke-10 apabila berdepan Kelantan United FC di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu.

Menurut Solari, sasaran itu dilihat selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan pada awal musim iaitu untuk melihat sejauh mana peningkatan termasuk hala tuju skuad Harimau Selatan itu, kali ini.

"Kita telah memenangi sembilan perlawanan berturut-turut sejak awal musim, kini kita akan cuba untuk melakarkan kemenangan ke-10.

"Selain itu, kita sebenarnya mahu memberikan aksi terbaik kepada penyokong kerana mereka berhak menerimanya.

"Ia juga sebagai tanda penghargaan daripada kami kepada mereka (penyokong), yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi," katanya.

Untuk rekod, JDT kini gah di puncak Liga Super dengan 27 mata hasil sembilan kemenangan berturut-turut berbanding Kelantan United FC yang berada pada kedudukan tercorot dengan hanya merah dua mata hasil dua seri dan tewas tujuh kali daripada sembilan perlawanan.

Sementara itu, Solari meramalkan JDT bakal menerima tentangan sengit apabila berdepan Kelantan United FC.

Malah katanya, pelawat juga dijangka menurukan kesebelasan terbaik bagi mencatakan keputusan terbaik.

"Bagi saya, tidak ada istilah pasukan paling lemah atau sebagainya kerana setiap perlawanan yang kami harungi, ternyata sangat sukar.

"Apa pun secara keseluruhannya, ia sentiasa menjadi cabaran besar kepada kita terutamanya bagi melihat sejauh mana pasukan ini mampu meningkat," katanya.