Malaysia tempat ke-3 indeks kapitalisme kroni The Economist

MIDF Research jangkakan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada tahun depan. - Foto 123RF
MIDF Research jangkakan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada tahun depan. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia menduduki tempat ketiga daripada 43 negara di belakang Rusia dan Republik Czech dalam indeks kapitalisme kroni majalah The Economist terbaharu.

Indeks tersebut menyenaraikan Singapura di tempat keempat manakala Mexico kelima.

Majalah mingguan yang berpangkalan di Britain itu mengira indeks berkenaan berdasarkan sama ada kehidupan dalam ekonomi kapitalis mudah dipengaruhi oleh kapitalisme kroni atau sebaliknya.

Indeks berkenaan menyenaraikan 43 negara masing-masing dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi AS$250 bilion (RM1.11bilion) dan menganggarkan jumlah keuntungan plutokrat daripada industri 'rent-seeking' (mencari sewa) yang mendapat manfaat pilih kasih oleh kerajaan.

The Economist memperoleh indeks daripada data digunakan oleh Forbes, yang mengeluarkan senarai tahunan orang terkaya di dunia dan kemudiannya mengklasifikasikan sumber kekayaan kepada sektor 'rent-seeking' dan sebaliknya.

Forbes menyenaraikan 2,640 jutawan dengan jumlah kekayaan AS$12 trilion (RM53.49 trilion), namun kebanyakan daripada mereka tidak beroperasi dalam sektor industri berkenaan.

The Economist turut memaklumkan, kekayaan jutawan Singapura daripada 'sektor kroni' berjumlah lebih 10 peratus daripada KDNK negara berkenaan manakala 65 peratus daripada peningkatan global dalam kekayaan kroni-kapitalis dijana oleh Amerika Syarikat, China, India dan Rusia.