Tiada lagi bil bercetak bermula 2024 - DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bermula 2024, semua bil bercetak di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara tidak akan dikeluarkan lagi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, tindakan tersebut dibuat selari dengan sasaran pihaknya ke arah sifar kertas bermula tahun hadapan.

"Bil-bil akan dihantar secara atas talian melalui e-mel atau aplikasi WhatsApp.

"Sehubungan itu, penghuni di PA dan PPR diminta untuk mendaftar di E-Penghuni PA dan PPR bagi membolehkan penerimaan bil secara atas talian (e-bil)," kata pihak berkuasa tempatan itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.