Bremen paksa Bayern kerja keras di Weserstadion

Gnabry bersaing pemain tengah Bremen, Romano Schmid semasa perlawanan Bundesliga di Bremen. - Foto AFP
Gnabry bersaing pemain tengah Bremen, Romano Schmid semasa perlawanan Bundesliga di Bremen. - Foto AFP
A
A
A

PENYANDANG juara Bayern Munich dipaksa bekerja keras lebih sejam sebelum menewaskan tuan rumah Werder Bremen 2-1 di Stadium Weserstadion pada Ahad untuk mendahului sementara empat mata di puncak Bundesliga dengan baki tiga perlawanan.

Gol separuh masa kedua daripada Serge Gnabry (minit ke-62) dan Leroy Sane (m-72) memberikan Bayern kemenangan kedua dalam empat perlawanan liga terakhir untuk 65 mata, empat mata di depan Borussia Dortmund, yang mempunyai empat perlawanan lagi bermula menjadi tuan rumah VfL Wolfsburg di Signal Iduna Park.

“Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan keputusan diraih termasuk cara kami bermain di Bremen. Ya, kami dominan, namun juga terlepas menterjemahkan setiap peluang dalam bentuk jaringan di depan gol.

“Kami mempunyai separuh peluang yang boleh dimainkan dengan lebih baik untuk diterjemahkan dalam bentuk gol.

“Saya tidak nafikan kami kehilangan sedikit aura tambahan, sedikit keyakinan semasa menguji pasukan lawan. Tetapi kami kekal fokus dan meningkatkan tempo pada separuh masa kedua,” kata Pengendali Bayern, Thomas Tuchel.

Sebagai rekod, Bavarians yang hanya mempunyai baki Bundesliga untuk diperjuangkan selepas Piala Jerman dan Liga Juara-Juara tersingkir dalam beberapa minggu ini.

Sementara itu, Gnabry berkata, “Ini sangat penting. Kami tahu jika menang ia akan menjadi hujung minggu yang baik.

“Kami melakukan tugas masing-masing dan kini telah mencipta satu penampan.”