PRN: Noh lebih minat sokong calon muda

Noh
Noh
A
A
A

KUALA SELANGOR - Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menegaskan lebih berminat untuk menyokong calon muda yang diketengahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.

Noh berkata, negara memerlukan pemimpin pelapis yang berketrampilan sekali gus mampu mencorak dan menentukan masa depan negara.

"Ketika ini saya lebih berminat untuk melihat pemimpin muda ke hadapan dan saya akan memberi sokongan kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Mangsa Ribut di Kampung Bestari Jaya, di sini pada Jumaat.

Ditanya mengenai perancangan beliau dalam politik, Noh memberitahu, ketika ini beliau mahu menumpukan perhatian kepada kerja-kerja kebajikan dengan mendekati penduduk di Tanjong Karang.

"Saya akan meneruskan program kebajikan lebih-lebih lagi melibatkan penduduk di Parlimen Tanjong Karang," katanya.