Cuaca panas tahap berjaga-jaga di Bentong, Mukah

Gambar hiasan. - Bernama.
Gambar hiasan. - Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap satu (berjaga-jaga) di dua kawasan iaitu Bentong, Pahang dan Mukah, Sarawak sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Menerusi kenyataan MetMalaysia di laman Facebook setakat jam 4.40 petang, menjelaskan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

"Bagaimanapun, tiada kawasan di Sabah berada pada Tahap satu (Berjaga-Jaga)," ujarnya.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.